Friday, October 11, 2013



AKU RINDU CUBITAN KASIH MU

Ku akui
saat engkau mencubit perut ku
hingga berbekas dan kulit ku terkupas
waktu itu aku geram pada mu Cikgu
walau sedar itu kesalahan ku

mentang-mentang masa itu
ibu-ibu telah memberi kuasa pada kamu
apa sahaja yang kamu mau lakukan
maka ringan sangat
tangan-atangan kamu
memukul, mencubit, melastik, merotan
semua itu telah ku rasakan kesakitan
dari tangan-tangan kamu Cikgu

hari ini, aku ingin bagitahu
dengan kejayaan hasil didikmu
Sungguh aku rindu
cubitan kasih mu itu Cikgu.

“SELAMAT HARI GURU CIKGU”


Nukilan: A. Najal, 16 Mei 2013
Kajang, Selangor.


Gambar Hiasan semata-mata